Saturday, December 20, 2008

Real Nafi Untuk Pikat C. Ronaldo


MADRID: Presiden Real Madrid, Ramon Calderon menafikan wujudnya rundingan rahsia yang menyatakan Manchester United akan menjual Cristiano Ronaldo kepada juara Primera Liga itu pada penamat musim ini.

Akhbar harian Sepanyol, El Mundo melaporkan, pengarah Real sudah mendengar cakap-cakap mengenai dakwaan itu yang menghadirkan kemarahan pengurus United, Alex Ferguson yang berkata, dia ‘tidak akan menjual walaupun virus’ kepada kelab dari Madrid itu. “Ia sama sekali tidak betul bahawa ada perjanjian dengan Manchester United mengenai perkara itu, dakwaan yang membuatkan saya letih,” kata Calderon dalam laman web kelab berkenaan (http://www.realmadrid.com/).

"Isu itu sama sekali sudah mati dan kerana itulah saya tidak mahu lagi bercakap mengenainya,” katanya ketika menyertai acara FIFA di Tokyo apabila ditanya mengenai laporan El Mundo. Ronaldo enggan memberi ulasan mengenai Real Madrid kelmarin, selepas United menempatkan diri pada final Piala Kelab Dunia sambil berkata, dia gembira bersama kelab juara Liga Perdana Inggeris itu. “Manchester tidak mahu menjual Ronaldo kepada Real Madrid musim panas lalu,” kata Calderon. “Daripada saat itu, Real Madrid tiada lagi sasaran lain.”
- Reuters
.

Thursday, December 11, 2008

Ronaldo Sertai Corinthians

.


RIO DE JANEIRO - Penyerang Brazil Ronaldo bersetuju menyertai kelab di Sao Paulo, Corinthians selepas pulih daripada kecederaan lutut."Kami telah bersetuju secara lisan untuk Ronaldo bermain di Corinthians," kata agennya, Fabiano Farah.

Pemain berusia 32 tahun itu akan menyertai kelab tersebut, iaitu salah satu kelab terbesar di Brazil yang kembali bersaing ke liga utama selepas semusim dalam Serie B.Penyertaan Ronaldo bersama kelab itu merupakan percubaan pemain itu untuk membina semula kariernya.



Corinthians mengesahkan perbincangan kini pada tahap akhir dan kelab itu dilaporkan telah mula menjual kemeja T dengan replika Ronaldo.Kemeja T tersebut yang berharga AS$68(RM245) sehelai habis dijual.Pengumuman itu mengejutkan kelab di Rio de Janeiro, Flamengo di mana Ronaldo pernah menjalani latihan.

Kelab itu yakin dalam senarai utama untuk pilihan Ronaldo."Kami membuka pintu kelab ini untuknya, namun dia langsung tidak mengucapkan terima kasih,'' kata presiden kelab Flamengo Marcio Braga.Malah, sekumpulan peminat yang berang membakar dan mengoyak gambar Ronaldo di depan ibu pejabat kelab itu.
.

Tuesday, December 2, 2008

C.RONALDO - Pemain Terbaik Eropah 2008


PARIS: Cristiano Ronaldo memenangi Anugerah Bola Emas sebagai Pemain Terbaik Tahunan Eropah, semalam, bagi menjadi pemain Manchester United keempat meraih penghormatan itu dan yang pertama sejak George Best memenanginya pada 1968. Sentuhan jaringan hebat Ronaldo membantunya mengatasi penyerang Barcelona, Lionel Messi yang menduduki tempat kedua, ketika penyerang Liverpool, Fernando Torres di tempat ketiga daripada keputusan undian yang diumumkan oleh majalah France Football. "Ia adalah antara hari terhebat dalam hidup saya. Memenangi anugerah ini...saya impikannya sejak kecil lagi. Mereka yang mengenali saya, hidup dengan saya, tahu bahawa ini adalah mimpi yang jadi kenyataan buat saya," katanya.


Ronaldo mendominasi pengundian itu, meraih 446 undi. Messi mendapat 281 undi dan Torres, 179 undi. Ia memberikan Ronaldo dua mata lebih daripada jumlah diraih Kaka ketika memenangi anugerah itu, tahun lalu. "Saya hanya 23 tahun dan ia menakjubkan. Sukar dipercayai. Ia lebih baik jika mengambil kira nama besar dalam saingan tahun ini. Lionel Messi di tempat kedua dan Torres di tempat ketiga, tetapi juga Xavi (Hernandez, di tempat kelima)." Ronaldo memuji rakan sepasukan yang membantunya, dan berkata dia berharap untuk memenangi anugerah itu sekali lagi.



"Merekalah yang mengumpan bola kepada saya untuk menjaringkan gol. Apa yang pasti ialah saya mahu memenanginya sekali lagi, ia rasa amat bagus. Jadi (pagi esok), pada jam lapan pagi, saya akan bangun dan memberitahu diri sendiri bahawa saya mahu jadi lebih baik," katanya. Tahun lalu, Ronaldo menduduki tempat kedua dengan 277 undi, ketika Messi di tempat ketiga dengan 255 undi.



Pemenang tahun lalu, Kaka, merosot ke tangga kelapan tahun ini dengan hanya 31 undi. Ronaldo menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan musim lalu ketika United memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Dia menambah anugerah itu kepada trofi Pemain Terbaik Dunia FIFPro yang dimenangi Oktober lalu, serta anugerah daripada Persatuan Pemain-pemain Profesional serta Penulis-penulis Bola Sepak England. - AP



sumber drp Berita Harian

Sunday, November 23, 2008

SEJARAH PIALA DUNIA


SAINGAN bola sepak Piala Dunia diilhamkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis yang juga Presiden FIFA iaitu Jules Rimet. Kejohanan pertama telah berlangsung pada 1930 di Uruguay. Kejohahan ini hanya disertai oleh 13 buah negara. Uruguay telah melakar sejarah sebagai negara pertama yang memenangi Piala Dunia.
Kejohanan besar ini berlangsung setiap 4 tahun sekali sejak tahun 1930. Pada tahun 1942 dan 1946 kejohanan ini tidak berlansung kerana Perang Dunia Kedua. Sejak itu, sukan bola sepak terus berkembang hingga menjadi sukan nombor satu dunia.
Piala Dunia yang ada pada hari ini adalah rekaan warga Itali iaitu Silvio Gazzaniga. Rekaannya telah mendapat mandat daripada FIFA. Piala ini seberat 4,970 gram, tinggi 35 sentimeter dan disaluti 18 karat emas.