Thursday, December 11, 2008

Ronaldo Sertai Corinthians

.


RIO DE JANEIRO - Penyerang Brazil Ronaldo bersetuju menyertai kelab di Sao Paulo, Corinthians selepas pulih daripada kecederaan lutut."Kami telah bersetuju secara lisan untuk Ronaldo bermain di Corinthians," kata agennya, Fabiano Farah.

Pemain berusia 32 tahun itu akan menyertai kelab tersebut, iaitu salah satu kelab terbesar di Brazil yang kembali bersaing ke liga utama selepas semusim dalam Serie B.Penyertaan Ronaldo bersama kelab itu merupakan percubaan pemain itu untuk membina semula kariernya.



Corinthians mengesahkan perbincangan kini pada tahap akhir dan kelab itu dilaporkan telah mula menjual kemeja T dengan replika Ronaldo.Kemeja T tersebut yang berharga AS$68(RM245) sehelai habis dijual.Pengumuman itu mengejutkan kelab di Rio de Janeiro, Flamengo di mana Ronaldo pernah menjalani latihan.

Kelab itu yakin dalam senarai utama untuk pilihan Ronaldo."Kami membuka pintu kelab ini untuknya, namun dia langsung tidak mengucapkan terima kasih,'' kata presiden kelab Flamengo Marcio Braga.Malah, sekumpulan peminat yang berang membakar dan mengoyak gambar Ronaldo di depan ibu pejabat kelab itu.
.

No comments: